• Mukadepan
  • Salam Bicara
  • Hubungi Saya
  • Muat Turun

Friday, May 1, 2009

RM38 Billion Pusaka Belum Dituntut



Salam...


Kali ini saya ingin berkongsi sebuah lagi buku yang membicarakan tentang pewarisan harta iaitu buku "RM38 Billion Pusaka Belum Dituntut" tulisanUstaz Md Ghazali Ibrahim (Ust. Ghazali).

Sebelum buku ini, saya pernah membaca tulisan-tulisan Ust. Ghazali berkaitan pewarisan harta di dalam Majalah Anis.


Saya tidaklah mampu untuk mengulas buku ini atau mana-mana buku. Buku ini dan buku-buku yang telah dan akan saya paparkan di weblog ini hanyalah sekadar makluman tentang kewujudan buku tersebut.

Walau bagaimanpun, saya cuba menulis sedikit sebanyak apa yang saya faham daripada buku-buku tersebut.

Umpamanya tentang buku ini, antara yang terkesan dalam kandungannya adalah peringatan Penulis tentang kaedah pengiraan waris yang selalunya akan bertambah dengan kematian dan bukan sebaliknya.Tulis Ust. Ghazali :

...Dalam bab harta pusaka, bila berlaku kematian jumlah warisnya bukan berkurangan tetapi semakin bertambah. Mungkin yang mati tadi meninggalkan 10 orang waris. Bermakna penama telah bertambah kepada 159 orang.

159 orang cuba berunding lagi. Tiba-tiba mati lagi seorang, tinggal 158 orang. rupanya seorang yang mati tadi ada 4 orang isteri dan setiap satu isteri mempuntai 10 orang anak yang berbinkan almarhum.

Bermakna dari 159 orang berkurang sekejap kepada 158 dan kemudian ditambah 44orang. Maka jumlahnya bertambah menjadi 202 orang dan begitulah seterusnya.


Apa yang lagi menarik tentang buku ini adalah selain daripada mengupas tentang harta pusaka dan kaedah-kaedah pengurusannya seperti Faraid, Wasiat dan Hibah, Ust. Ghazali juga melampirkan sebagai bonus kepada pembaca buku ini contoh Surat Wasiat, contoh Surat Pengisytiharan Hibah dan contoh Surat Pengisytiharan Harta Sepencarian.


Jika boleh saya katakan bonus dalam bentuh contoh-contoh Surat Wasiat, Surat Pengisytiharan Hibah dan Surat Pengisytiharan Harta Sepencarian adalah sangat menarik kerana pada hari ini sangat sukar untuk mendapatkan contoh dokumen-dokumen tersebut ditambah pula ianya telah menjadi semacam satu trade secret di kalangan syarikat-syarikat penulisan wasiat dan pengurusan pusaka.


Jadi jika anda sedang tercari-cari maklumat dan jawapan tentang persoalan pewarisan harta pusaka, buku ini ada jawapannya.


Selain dari kedai-kedai buku, buku ini juga boleh didapati secara online di laman berikut http://hartapusaka.net/.





Bicara Pewarisan Harta


No comments: