• Mukadepan
  • Salam Bicara
  • Hubungi Saya
  • Muat Turun
Showing posts with label Harta pusaka kecil. Show all posts
Showing posts with label Harta pusaka kecil. Show all posts

Wednesday, October 14, 2009

RM2,000,000.00 Had Maksimum Harta Pusaka Kecil

Salam semua...

Ingat lagi entri saya yang terdahulu di sini, saya ada maklumkan tentang pindaan jumlah nilaian maksimum harta pusaka kecil dari RM600,000.00 kepada RM2,000,000.00.

Ya, untuk makluman semua pindaan terhadap Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 tersebut telah berkuatkuasa mulai 1 hb September 2009 yang lalu, boleh rujuk di sini.

Jadi bagi harta pusaka yang bernilai RM600,000.00 hingga RM2,000,000.00, dan melibatkan harta tak alih (immovable property) dan tiada wasiat dibawah Akta Wasiat 1959, waris bolehlah membuat permohonan pembahagian di Pejabat Pusaka Kecil dan bukan lagi di Mahkamah Tinggi seperti sebelum ini.

Saya percaya pindaan ini akan memberi banyak manfaat kepada semua terutama dalam menjimatkan kos pembahagian pusaka. Tapi untuk rakan-rakan probate lawyer minta maaf la... kes kurang la sikit lor...ish..ish.



p.s. Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua yang singgah di blog ni...hari ni dah 25hb Syawal dah.. baru nak ucap.




Bookmark and Share




Bicara Pewarisan Harta

Sunday, March 29, 2009

MUAT TURUN: Harta Pusaka Kecil




  1. Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Small Estate (Distribution) Act, 1955]
    Muat Turun



  2. Artikel Pembahagian Harta Pusaka Kecil; Muat Turun



  3. "BORANG A", borang permohonan pembahagian harta pusaka kecil; Muat Turun



  4. Panduan mengisi Borang A; Muat Turun



  5. Dokumen diperlukan semasa mengemukakan Borang A; Muat Turun



  6. "BORANG PERSETUJUAN" waris; Muat Turun



  7. "BORANG P", borang permohonan perintah yang kemudian (selepas perintah pembahagian telah dikeluarkan; Muat Turun



  8. Dokumen diperlukan semasa mengemukakan Borang P; Muat Turun



  9. Panduan menghadiri perbicaraan harta pusaka kecil; Muat turun




Thursday, September 18, 2008

Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil : Panduan Mengisi Borang A

Sebagaimana yang saya sebutkan dalam entri yang lalu, permohonan pembahagian harta pusaka kecil di pejabat pusaka kecil adalah dengan menggunakan 'BORANG A’.

Bagi memudahkan anda mengisi Borang A tersebut, di sini saya kongsikan satu link Panduan Mengisi Borang A untuk rujukan anda.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan panduan mengisi borang permohonan kecil (Borang A):

Saturday, September 6, 2008

CARA MEMOHON PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL


Permohonan pembahagian harta pusaka kecil adalah mudah dan murah sebenarnya.


Permohonan pembahagian harta pusaka kecil dibuat dalam bentuk petisyen menggunakan format borang yang telah disediakan oleh Pejabat Pusaka Kecil dinamakan .



Mula-mula dapatkan BORANG A dari mana-mana Pejabat Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah yang terdekat dengan kawasan anda atau muat turun dari sini.

Lengkapkan BORANG A tersebut dan sediakan dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama iaitu, antara lain:

a. Bukti kematian -Salinan Sijil Kematian atau Permit Pengkebumian;
b. Bukti pemilikan hartanah -Salinan Suratan Hakmilik (geran) tanah yang diakui sah oleh pejabat tanah atau carian rasmi yang dibuat di pejabat tanah; atau Salinan Surat Perjanjian Jual beli bagi hartanah yang belum dikeluarkan hakmilik individu.
c. Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak waris-waris
d. Salinan resit cukai tanah
e. Salinan Perjanjian Pinjaman jika tanah digadaikan kepada pihak bank
f. Maklumat hutang piutang si mati.

Untuk senarai lengkap dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama BORANG A, semak di sini.

Kemudian serahkan BORANG A tersebut beserta bayaran pendaftaran sebanyak RM10.00 di Pejabat Pusaka Kecil atau Pejabat tanah dimana harta pusaka itu berada atau tempat tinggal si mati.

Tunggu makluman tarikh perbicaraan oleh Pejabat Pusaka Kecil.

Hadiri perbicaraan...


Oleh itu, kepada waris-waris yang yang masih belum membuat permohonan pembahagian harta pusaka kecil eloklah segera membuat permohonan pembahagian pusaka tersebut di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil bagi mengelakkan masalah yang lebih besar di kemudian hari.



Sunday, May 4, 2008

Harta Pusaka Kecil: RM berapa yang kecil?

Tajuk diatas asalnya saya post dalam forum BicaraJutawan, untuk memaklumkan perubahan jumlah maksimum harta pusaka yang dikategorikan harta pusaka kecil.Tapi di sini kita akan akan tumpukan kepada apa itu harta pusaka kecil itu sendiri.... ciri-cirinya...nilaiannya.

Harta pusaka kecil dari segi pengertian dan pengurusannya tertakluk kepada Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Secara ringkasnya boleh difahami dari Akta tersebut, harta pusaka kecil adalah harta pusaka yang terdiri dari harta tak alih sahaja (seperti tanah dan rumah) atau harta yang mengandungi harta tak alih dan harta alih (seperti wang tunai, saham, KWSP) yang jumlah keseluruhannya tidak melebihi RM600,000.00.

Maka harta pusaka yang ditakrifkan di atas sahaja secara rasminya dinamakan harta pusaka kecil yang boleh dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil.

Oleh itu bolehlah dikatakan mana-mana harta pusaka bukanlah harta pusaka kecil:

• Jika jumlah harta tersebut nilaiannya melebihi RM600,000.00;
• Jika harta yang ditinggalkan hanyalah harta alih sahaja seperti wang tunai, kereta atau saham;
• Jika ada wasiat sebagaimana wasiat yang dibuat berdasarkan Akta Wasiat 1959.

Walaubagaimanapun, jumlah maksimum RM600,000.00 bagi harta pusaka kecil akan berubah kepada RM2,000,000.00 bilamana pindaan kepada Akta Pusaka Kecil 1959 yang telah digazetkan berkuatkuasa nanti. Sila rujuk di sini atau rang undang-undang pindaan tersebut untuk maklumat lanjut.

Bagaimana menguruskan harta pusaka kecil ini dan dimana atau dengan pihak mana kita patut berurusan, insyaAllah kita sambung dalam post akan datang.